Wednesday, July 9, 2008

MLM

Petang tadi aku di datang oleh sorang kawan aku yang memperkenalkan perniagaan MLM (multi level marketing). Kalau nak di ikutkan ramai dah umat yang dok promote MLM ni, tapi aku je kurang berminat. Ni pengalaman aku sebagai manusia tak pernah join MLM tapi seringkali di offer untuk join MLM. Dari sudut pandangan aku, bukan salah mengamalkan MLM, tapi cara untuk mencari orang dok kat bawah kita seringkali menimbulkan masalah. Dan bukan senang untuk cari orang untuk kasik duit kat kita tanpa tahu hujung pangkal. Balik pada cerita petang tadik… kawan aku ni dok sebok la promote kat aku tentang MLM dia nih, kalau x silap aku, dah 2 3 kali ajak aku, tapi pada pandangan aku, tentang kawan aku lah, aku tak berapa yakin. Bukan apa, aku kenal ngan dia, tau camne dia buat kerja, dan yang penting cara dia untuk mempengaruhi aku. Ni sedikit fakta dari pengalaman aku di offer join MLM.

1. semua yang offer aku ni mesti citer gempaq2, si ali dah dapat 10k sebulan lah, si minah ni dapat beli kereta mercedes mata nyamuk lah ( akan kuar pada tahun 2010, aku baca kat web diarang) tapi ada kelemahan yang ketara si penjual tu( boleh ke di istilahkan sebagai penjual ke?) iaitu mereka ni tak da mende kat diri mereka yang boleh mempengarungi aku... just rujuk pada kejayaan orang lain. Memang sifat orang melayu, akan mudah terpedaya tapi aku cukup takut untuk laburkan duit pada benda yang sudah iktiraf banyak kelemahannya( sesentengah tu lah)
2. mesti bawak pamplet atau fail.
3. mesti cakap MLM ni x jual barang pada mula-mulanya, biasanya pada hujung perbualan baru tunjuk “ Ko bayar je RM RM RM ni, pastu ko carik 2 orang kat bawah ko, pastu orang bawah ko kene carik orang lagik, kalo ko join, ko akan dapat ubat ubat nih, baik untuk kesihatan ni !” tang tu aku yg rasa terkedu sket.
4. amalan sistem piramid ( nama pun MLM)
5. ajak pergi ceramah tentang produk mereka. Aku masa selalu tak cukup, yela.. keja aku sebagai pengawal keselamatan ni perlu rehat yg cukup!.
6. mesti kait kan jutawan internet malaysia .... ifran bakri atau steve job, he he he kalo pasal internet ni, rasa diarang x leh tipu aku.
7. tak tahu sangat pasal produk mereka tu.
Mungkin pada 1 ari nanti, mungkin aku akan buat MLM, tapi aku akan pelajari dulu selok belok MLM ni, supaya aku expert pasal semua, jangan jadi tong kosong….

Sempat juga aku tanya membe aku ni,,, dia duduk kat level mana,,, dia cakap dia orang ke 200.... bayangkan orang yg pertama tu, senang lenang je... tapi ada skill MLM yg sapa usaha lebih, dia akan dapat byk,,, dan aku sempat bagi cadang kan kat membe aku tu,,,, kenapa dia senrik je jadi orang nombor 1? Dia blur jugak pada mulanya,, bila aku terangkan lebih lanjut tentang idea aku,.. dia jadik ceria sket...
Aku juga tanya dia ada baca buku tentang buku MLM ni ke... dia cakap tak de... aku cadangkan dia supaya carik buku tentang jutawan2 MLM kat malaysia ni... tambah ilmu sket supaya senang “counter” ayat pembeli... dan sapa yang baca artikel tak seberapa ni,, cuba cari buku tajuk JUTAWAN SENYAP ... ada kat internet Cuma kene godak dlm google je... buku ni lah mengubah aku tentang perpepsi pemikiran terkonkong aku selama 24 tahun ni.... paling komand pun buku ifran bakri atau raja biznis sms Malaysia ( bukan mawi tau!)

Sekian sahaja untuk hari ni,,, kalo nak ikutkan byk lagik dlm otak sebelah kiri aku ni,, tapi keyboard aku rosak!!!

Saturday, July 5, 2008

naruto la plak!!!



ni satu manga yang top sejak dulu,,
byk manga online dlm bahasa ingeris...
so aku tranlate kan ke bahasa melayu,,,
bukan nak lawan majalah kreko tau...
aku stat dari episod 406 dan 407,,, dan aku akan cuba buat episod yg sebelumya....
aku dah sedikit tatabahasa agar senang di fahami..,,
adios!
link download
eps 406 : http://www.ziddu.com/download.php?uid=a6%2BalZylarCgmpaqZPiblJStYaqgkZSrag%3D%3D4

eps : 407 : http://www.ziddu.com/download.php?uid=ZbCgmpWsbLCgnOKnY6qhkZSsYKqflZuu3

Thursday, July 3, 2008

mercun!!

hari ni.... dapat 1 benda yg aku x pernah fikir nak buat!!! tak terlintas pun dalam kerjajaya aku sebagai sekuriti ni,,,,, hahaha
jam pukul 9 pagi aku diarahkan ke satu pos jagaan aku oleh boss nombor 9, kunun2 nya kaber baik aku pun pegi ngan ketua boss nombor 12,boss nombor 12 dengan tuan pemegang stereng dan pemijak brek.. ke lokasi kompleks kerajan yg tut tut tut tut tut(di rahsia atas sebab keselamatan)
kedatangan kami mmg si sambut meriah dengan unit polis k9 dan unit pemusnah bom!! aii meriah sungguh!! dan secara automatik aku di suruh mengeledah bangunan... hahahaha,, sempat lagik encik misai tu buat lawak bodo...... kalo jumpa bom tu,,, ko campak 10 kaki pastu lari.... ha ha ha
kalo aku jumpe pun sah aku x usik... dlm senarai tugas aku x der list supaya mencari bom...,,,,
dengan berlagak sebagai mcm keenu reeves dalam citer speed,,, mencari lah aku... destinasi utama.. tandas pompuan,,,sebab nya...
1: dlm unit pemusnah semua lelaki,
2: aku pakai unipom sekuriti
3: dlm tandas x der cctv
4: dlm tandas ade gas semulajadi dan boleh menyebabkan letupan!
setelah mengeledah 23 tandas ( 1 je tandas lelaki) aku di beritahu bom dah di jumpai di pasu bunga,,, lega... dan itu bukan nya bom,, tetapi daun layu mcm btk mercun,, kesimpulannya si pemanggil tu mmg sengaja nak buat julai fool, tapi bagus gak, ada keje sket unit pemusnah bom tu,
dalam fikiran aku, kalo orang tu nak meletup kan bangunan tu secara haram, dia x kan kasi tau punya

Tuesday, July 1, 2008

projek haram mengisi masa terbuang


dah lama x post rase nye... lagi pun x der sapa yang nak lawat blog aku... aku cuma nak mengisi masa terbuang  jer... skrang pun aku da pindah tempat keje,,, tapi masih Security Guard gak...
ini lah cth keje yg aku buat mengisi masa terbuang... tu ada cth.. kalo nak dl.. leh  
http://www.ziddu.com/download.php?uid=cbOamZapaquinJalaviblJStZaqgkZSmbA%3D%3D8

Wednesday, February 6, 2008

hari ni hari khamis...

salam!.... hari ni ari khamis... aku baru balik dari minum ngan salah sorang otai dlm ubuntu.... x penah jumpe pun.... mengeteh kat steven korner.... lepak dari kol 6 sampai kol 8.... masa nak jumpe
dia soh aku tunggu kat BHP jalan genting klang... aku pun orait je la... dah sampai bhp baru aku pasan... kat jalan genting klang ade 3 bhp!! bodo betul aku.. nak tepon pun.. hp aku pajak kat membe aku.... main nekad je la.... cari2 jumpe gak steven korner.. layan borak.... tengah2 sedap beborak.... aku punye jari leh gatal lak main kat kerusi aluminium... sanggkut!!! arammmmmm.. dkt 5 minit gak nak kuar jari aku... kalo aku paksa.. sah jari aku luka.... membe aku leh pakat gelak..sib baik dia x sempat ambik gambo.. kalo x... sah aku kene bahan..... lepak dkt 2 jam... balik umah nak tido....ehhh mlm tadik aku gi hkl... ade mamat mabuk lango kabin kat orthopedik... sib baik x ade orang.... kalo x haru gak! gini la keadaan nya kalo mlm perayaan... aku lalu gak kat kecemasan.. ramai orang.... ade gak yg dok melepak tunggu nombor.... tapi yang aku eran... ramai yang melayu.... raya cina ramai melayu msk sepital... tanya2 gak kat membe yg jaga situ... dia ckp bdk melayu eksiden.... budak melayu mabuk...pastu lango tiang,, bdk melayu gado kat kelab malam... adeih!semua melayu? ni raya cina ke raya melayu?... x tau la apa nak jadi bdk2 skerang... aku malas nak lepak lama2... aku balik umah... dlm perjalanan balik tu... ade ekseden betul2 kat balai polis setapak... mamat india... tulang kering dia patah.... huhuhu terkulai je masa diarang angkat masuk teksi... langgo pokok bunga kat situ... darah merecik kat jalan tu,,,
sib baik aku ni dah biasa tgk darah... kalo x... da pengsan da.... aku nak tido dulu pasal ngantuk,,,, nnt sambun

Tuesday, February 5, 2008

bagaimana nak memecat kawan baik

hari ni aku terima call dari bos, soh dtg opis... ade hal mustahak katanya...
dengan mlsnya aku terpaksa pegi... pasal dia ugut kalo x datang,...
dia nak potong gaji aku.... dan bila aku sampai kat opis.... dia suruh aku
buang kawan baik aku..... aku terkedu... kalo korang lah.... apa korang akan
buat? antara kerja atau kawan? pening2 aku.... aku miitak bos tempoh 2 ari
tuk pikir.... masa nak balik tu simkad 3g aku osak.... singah jap kat menara celcom..
dok kehuluhilir nak carik tempat yg sewsai.. tapi ade gak owang tanya aku arah ni
arah tu,,, mentang2 aku pakai unipom gad... terpaksa lah aku belakon.... cam expert je la
muhehehehe padahal aku pestaim masuk situ.....lepas tu pikir gak nak gi loyat.. nak cuci2 mata
tapi cam nak ujan je... terpaksa la aku balik.... sebab moto c70 aku da uzur... kene ujan sah x mogok..  sambung mlm lak la... aku akan citer kesah aku mengejar orang gile sampai orang gile tu
mati kat depan hotel grand season

Sunday, February 3, 2008

cuti-cuti siam

da 3 ari aku cuti dari keje, bajet nak balik kampung tapi duet x dak, kene tunggu gaji nampaknya... dan 2 ari aku dok mengkaji OS baru, ubuntu 7.10 kot... dan 2 ari aku pening sebab nak connect ke internet.... sebab utama nak tukar xp ke ubuntu nih.... lawo dan powerzz cam vista... nak install vista mahal nak mampos dia punye harga, lagipun laptop ni  x mampu bawak,,,,
ubuntu aku da try run pakai live cd,... kalo aku da paham smua jln citer ubuntu ni,,, baru aku
sumbat ke hdd... arghhh gigi aku sakit lagi dan terpaksa lah makan ubat tido nak ilangkan sakit... calo beta

Friday, February 1, 2008

mengutip memori

1 malam mengutip memori..... ade 1 kesah yg betul2 menyentuh ati aku.. walaupun aku nih lelaki, tapi peristiwa bulan 2 tahun lepas betul-betul terpahat kat memori aku... korang mesti penah denga kisah anak yg derhaka kat mak bapak nya.... cam citer si tanggang,,,
alkisahnya.... ketika tu aku dok jaga palang kecemasan A&E... lebih kurang jam 11 mlm, ade sebijik ambulan masuk, aku pun wat2 sebuk nak tulung sebab aku tgk MA2 kat konter tu sebuk... bila je aku bukak pintu ambulans tu, turun lah seorang lelaki dlm lingkungan 50 an... yg buat aku terkejut ialah,,, ade sebilah pisau terpacak kat dada sebelah kiri... pisau potong bawang kot!(taim tu kalo ade kamera sah aku amik gambo)... bile turun je lelaki tue... trus kakitangan sepital sebuk wat masuk bilik resus, dengar lah bunyi lonceng 3 kali berpanjangan... bermakna... nyawa lelaki tadik dlm 70-30 je.... aku iring lah masuk sampai bilik kecemasan... pas2 aku kuar,, x mo kaco doktor ngan MA wat keje,, dlm lebih 10 min,, sampai waris2 lelaki tadik.. aku pun wat2 tanya punca kejadian tue,,, ingatkan lelaki tadik kene samun... rupanya dia ditikam oleh anak dia senrik!! wargh!! gile betul... anak pompuan lak tue.... aku tgk anak dia yg tikam bapak dia tu da meraung2,, mitak maap.. mitak ampun.... sib baik bapak dia da koma.. kalo x koma.. sah dia sumpah anak dia jadik esbok... tak pun atm mesin,,,,  masa aku balik keje,, aku trus tepon mak aku kat johor,,, mitak maap atas kesalahan yg aku lakukan dulu.... walaupun ganaz still ade perasaan maa...
-----------------------------------------------------------------------------------------
tu baru sket,,,,  ade satu kes tue,,, mlm minggu... aku pun x tau la jadi ngan bdk2 skrang nih..... mudah sgt ambil jalan mudah nak tmt riwayat diri senrik... aku ingat mangsa tu umuq baru 17-18 tahun.... clash ngan pakwe dia.... pasal tension dia nak bunuh diri... bunuh diri paling bangang la aku rase
..... kalo setakat telan pil tido satu tepek tu biasa lah... minah ni leh telan sabun basuh..
ekekekeke.... mmg bengong!! jenama sabun tu aku rasa aku tau sebab bau je harum,,, kalo setakat sabun basuh,,,, 3 ari baru leh mati,,,,, so.. nak selamatkan minah tue.... doktor biasanya akan cuci perut dia... method dia? muehehhee masukkan air pakai picagari paling beso.... cocok kat lubang b*nt*t... muhhaahhaha,,,, kesimpulannya,,, kalo nak bunuh diri,,, jgn la makan racun lipas,,, ubat nyamuk,,,, sabun mandi atau sabun basuh,,,, mmg bole mati,,, tapi lambat lah effek dia........
-------------------------------------------------------------------------------------------------
erm,,, apa lagi kesah hehehe... kisah di pagi raye tahun 2007..... di ingatkan... kalo nak kawin,,, pastikan sebar2kan kat sedara-mara..... kalo tak... jadi cam 1 keluarga nih......
jam 0630 pagi,, masa tu aku nak balik... tapi dpt info ade pegadoaan di A&E, aku ngan salah soang pegawai aku gi la sana... masa sampai aku dah tgk 2 lelaki dok bertumbuk kat kawasan parking, pegawai aku pegi meleraikan... rasa gak dedua sedas dua terajang.... cuma 1 je pegawai aku ckp... kalo nak gado... pegi luar.. jgn buat hal kat kawasan jagaan kitaorang... aku pun dok la tanya satu pakcik yg ade kat situ,, sebab apa diarang begado... muheheeheh yg besh nye tue.... diarang ni biras... tapi x kenal.... ada ke mlm raya lelaki(yg gado) tu bawak bini dia pegi dangdut!?pastu bini dia nih gi layan satu mamat nih... laki dia ni punye la
 bengang trus kasik buku lima kat mamat tue... sampai kat hospital gado...
last2 baru tau yg dia tumbuk tu abang bini dia!! naya2.. kesimpulan yg aku buat... kalo nak kawin tu.. bawak2 la kenalkan sedara mara... dan jgn gi disko pada mlm 1 shawal!!
................................................................
byk lg kesah menarik sepanjang aku keje kat hkl tue... tapi x elok lah nak citer pasal nak jaga proposenal kerjaya aku.....

Tuesday, January 29, 2008

intro

slamat... ni kali kedua aku wat blog.... yg lama aku x ingat url dia... dan aku bukanlah jenis orang yang  suka menaip.... Intro... nama aku bax.... umuq 28... keje sebagai pak gad kat HKL.. da 2 tahun aku keje kat sini... kat sini lah aku belajar tentang perangai orang-orang kolompo... maklumlah aku bkn berasal dari kolompo... dari johor.. byk pengalaman yang aku kutip masa keje kat sini...ada sesetengah org menganggap keje sekuriti nih sebagai keje kelas ke tiga... walaupun kepentingannya amatlah diperlukan.. tetapi kebanyakkan orang yang x penah rasa keje sekuriti nih,,, akan mengangap sekuriti nih menyusahkan... leceh dan suka menyusahkan orang lain... huhuhu... keje aku sama cam polis gak,cuma kuasa kami terhad, x leh tahan orang, bagi mereka yang penah keje sekuriti, tau la camne rasa!.... sepanjang aku keje sekuriti nih... bemcm2 kejadian aku tgk,,, muka pecah kene blasah.... kepala kopak kene parang,,, tulang peha terkeluar cam tulang ayam.... pasal eksieden main pusing2 kat bulatan pahang, jumpe hantu kat bilik mayat.... di kejar pontianak kat blood bank,(ingatkan kat kolompo x der hantu), kene maki ngan org awam pasal clampping tayar...
dan byk lagi.... nak citer x larat... yg penting... aku suka keje aku... posting seterusnya akan timbul tahun depan.... calo beta