Wednesday, July 9, 2008

MLM

Petang tadi aku di datang oleh sorang kawan aku yang memperkenalkan perniagaan MLM (multi level marketing). Kalau nak di ikutkan ramai dah umat yang dok promote MLM ni, tapi aku je kurang berminat. Ni pengalaman aku sebagai manusia tak pernah join MLM tapi seringkali di offer untuk join MLM. Dari sudut pandangan aku, bukan salah mengamalkan MLM, tapi cara untuk mencari orang dok kat bawah kita seringkali menimbulkan masalah. Dan bukan senang untuk cari orang untuk kasik duit kat kita tanpa tahu hujung pangkal. Balik pada cerita petang tadik… kawan aku ni dok sebok la promote kat aku tentang MLM dia nih, kalau x silap aku, dah 2 3 kali ajak aku, tapi pada pandangan aku, tentang kawan aku lah, aku tak berapa yakin. Bukan apa, aku kenal ngan dia, tau camne dia buat kerja, dan yang penting cara dia untuk mempengaruhi aku. Ni sedikit fakta dari pengalaman aku di offer join MLM.

1. semua yang offer aku ni mesti citer gempaq2, si ali dah dapat 10k sebulan lah, si minah ni dapat beli kereta mercedes mata nyamuk lah ( akan kuar pada tahun 2010, aku baca kat web diarang) tapi ada kelemahan yang ketara si penjual tu( boleh ke di istilahkan sebagai penjual ke?) iaitu mereka ni tak da mende kat diri mereka yang boleh mempengarungi aku... just rujuk pada kejayaan orang lain. Memang sifat orang melayu, akan mudah terpedaya tapi aku cukup takut untuk laburkan duit pada benda yang sudah iktiraf banyak kelemahannya( sesentengah tu lah)
2. mesti bawak pamplet atau fail.
3. mesti cakap MLM ni x jual barang pada mula-mulanya, biasanya pada hujung perbualan baru tunjuk “ Ko bayar je RM RM RM ni, pastu ko carik 2 orang kat bawah ko, pastu orang bawah ko kene carik orang lagik, kalo ko join, ko akan dapat ubat ubat nih, baik untuk kesihatan ni !” tang tu aku yg rasa terkedu sket.
4. amalan sistem piramid ( nama pun MLM)
5. ajak pergi ceramah tentang produk mereka. Aku masa selalu tak cukup, yela.. keja aku sebagai pengawal keselamatan ni perlu rehat yg cukup!.
6. mesti kait kan jutawan internet malaysia .... ifran bakri atau steve job, he he he kalo pasal internet ni, rasa diarang x leh tipu aku.
7. tak tahu sangat pasal produk mereka tu.
Mungkin pada 1 ari nanti, mungkin aku akan buat MLM, tapi aku akan pelajari dulu selok belok MLM ni, supaya aku expert pasal semua, jangan jadi tong kosong….

Sempat juga aku tanya membe aku ni,,, dia duduk kat level mana,,, dia cakap dia orang ke 200.... bayangkan orang yg pertama tu, senang lenang je... tapi ada skill MLM yg sapa usaha lebih, dia akan dapat byk,,, dan aku sempat bagi cadang kan kat membe aku tu,,,, kenapa dia senrik je jadi orang nombor 1? Dia blur jugak pada mulanya,, bila aku terangkan lebih lanjut tentang idea aku,.. dia jadik ceria sket...
Aku juga tanya dia ada baca buku tentang buku MLM ni ke... dia cakap tak de... aku cadangkan dia supaya carik buku tentang jutawan2 MLM kat malaysia ni... tambah ilmu sket supaya senang “counter” ayat pembeli... dan sapa yang baca artikel tak seberapa ni,, cuba cari buku tajuk JUTAWAN SENYAP ... ada kat internet Cuma kene godak dlm google je... buku ni lah mengubah aku tentang perpepsi pemikiran terkonkong aku selama 24 tahun ni.... paling komand pun buku ifran bakri atau raja biznis sms Malaysia ( bukan mawi tau!)

Sekian sahaja untuk hari ni,,, kalo nak ikutkan byk lagik dlm otak sebelah kiri aku ni,, tapi keyboard aku rosak!!!

1 comment:

BurungBelatuk said...

mlm bukan ke diharamkan ke bang...ntahla...

salam eiduladha...